Snow Blue
About
What's Happening?

Assalamualaikum, Hello, Annyeonghaseyo. Nik Nurul Najibah here. 14 Years Old. Wanna know about me? Follow me and read my blog guys. Thanks and love you :*

Meoww
Feed me here




Old Post
View my history


Archive


Credit
The Makers!

© 2013 - Full Template by Amatullah Mufidah Basecode by Arrien and someone help me is Mayra and Inficon Edit by Nik.
Happy New Year 2014
Saturday, 25 January 2014 | 0 Comments
Hai semua :) apa khabar, sihat tak readers semua ni? aku sihat cuma ada selsema sikit-sikit je. Nampak tajuk kat atas? haha, gila ke apa aku ni cakap happy new year, kalau nak cakap pun cakap la time 1.1.2014 wei, nak habis bulan 1 dah, baru nak cakap aku ni. entah apa-apa je. tak faham, ada aku kisah? haha, ei, jahatnya aku ni. Now aku dah 13 years old dah, besar dah pun. kawan-kawan aku kat sini kan panggil aku nik, mungkin diaorang ni malas nak panggil nama panjang-panjang ni. nik pun nik lah, tu pun nama aku jugak kan? Nik ada sorang je dalam kelas aku iaitu  aku lah. haha. banyak gila kot burung murai  dalam kelas aku. sabo jelah. bising tu tak payah cakap la . like a pasar you know. ada je budak gedik, budak koya gangster, budak perasan tomboy, budak pakai bedak tebal, macam-macam lagi dalam kelas aku ni. memang aku tak suka. aku rasa aku baik sekali dalam kelas. haha. aku perasan la pulak. aku sekolah kat sini ada je budak lelaki ni mintak nombor, mangkuk ayun betul la kau ni. macam tak da kerja lain. asal jalan je ada orang kacau lah mintak nombor lah. eh, kau tahu tak aku rimas? ke nak suruh satu cubitan ketam hinggap kat kau? baru kau nak senyap? ada waktu haritu aku nak naik kelas ngan kawan aku lepas gi makmal, ada budak form 2 ni dia gi menyorok belakang pintu lepastu dia gi sergah aku. nasib baik aku tak ada sakit jantung kalau tak memang aku innalillah kat situ. memang tension la. pbs pun ada yang susah ada yang tak.  kerja sekolah pun mengalahkan gunung kota kinabalu. haha. betapa bertimbunnya kerja sekolah kat situ. dugaan. Cuaca pun dah mula berubah kan? gila kau sejuk kot kat sini. malas rasa nak mandi, haha tapi tulah kena la mandi. kebersihan tu penting dalam diri. dah macam kat Cameron Highland dah. Macam nak turun salji je. wah, bestnya kalau salji turun mesti dah macam kat Korea kan? haha. mesti cantik sangat-sangat kan? Tido pun tak pasang kipas sebab sejuk. kalau pasang pun buat low time nak tido. petang-petang angin pun kuat jugak tiup. aku tak tahu la apa lagi yang aku nak tulis. sekolah lain dah dapat dah br1m tapi sekolah aku tak dapat lagi. dapat hari selasa minggu depan. diaorang ni ada dah yang ajak aku gi bandar tapi aku tak tahu la nak gi ke tak. aku nak tukar sebenarnya background blog aku ni sebab background ni tak ada older post. tapi tu lah ni dah tengah malam, aku pun dah rasa mengantuk ngan malas. lama la jugak aku tak update blog aku ni kan? hari tu pendek je update, yang ni panjang kan? sebab ni banyak cerita sebab tulah panjang. Teacher BI aku teacher India, kalau dia masuk, bau wangi gila. dah la aku duduk depan sekali betul-betul depan meja cikgu. Nak pengsan aku. Haritu sampai aku rasa pening dengan rasa nak muntah. aku rasa pening macam nak pengsan. Sabo jelah nik eh? kuat menghadapi semua ni tau nik comel! hihi, mengadanya aku ni. perasan je lebih. erm, ok lah. aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. aku pun dah mengantuk. erm, ok lah Good Night readersku :*

PAST • FUTURE


Post a Comment